MY NICEFollowers

WELCOME

thanks for stopping by..
have a nice visit..and enjoy my blog..

Wednesday, 30 January 2013

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?




Innallah jamil wa yuhibbu jamal. (Allah itu cantik dan sukakan kecantikan)

Kebanyakan manusia merasakan apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri. Mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu menjadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaan-Nya.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hatilah dengan kurniaan Allah kepada kita dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya kerana-Nya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh-solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hamba-Nya yang soleh dan solehah.


c&p

No comments:

Post a Comment